WELCOME TO PILIHAN SILVER SHOPWELCOME TO PILIHAN SILVER SHOP

"Like" Jika Suka..

Selasa, 24 Julai 2012

Kenapa saya memilih Emas Perak


Suatu ketika dahulu,sy memilih simpanan konvensional sebagai pilihan,tetapi apabila sy mengetahui mengenai hukumnya maka sy lebih memilih sistem Kewangan ISLAM sebagai simpanan. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit sy disedarkan tentang kepentingan-kepentingan memilih sistem kewangan ISLAM. Salah satu yang terpenting adalah mengelakkan RIBA.

Tetapi sesuatu yang kita tidak dapat elakkan adalah cara untuk mengekalkan matawang seiring dengan peredaran zaman. Contoh mudah untuk difahami, kita bandingkan RM10, 10 tahun dahulu dengan masa kini. Apakah nilainya sama?tentu tidak bukan?ini kerna,jika suatu ketika dahulu dengan RM10,kita terasa seolah-olah kita terlalu mewah. Tetapi masa kini..nilainya seolah-olah tidak memberi kesan yang besar dalam perbelanjaan kita.Ini disebabkan susutnya nilai mata wang yg bersandarkan kepada Sistem Kapitalisme (bagi mereka yg arif tentang ekonomi). Dengan sistem matawang ini, orang yang kaya akan menjadi kaya dan orang yang miskin akan terus menjadi semakin miskin. Sy selalu terfikir, kenapa keadaan ini berlaku dan terus berlaku?Alhamdulillah..ALLAH memberikan petunjuk,dengan terbaca suatu ayat..

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Surah Al Baqarah : 120)

Dari situ,sy belajar..Apa itu KONSPIRASI..Apa itu PERMAINAN YANG DIPERMAINKAN..Apa itu GAME CARD..Dan bagaimana untuk memanipulasikan semula..Alhamdulillah..(InsyaALLAH sy akan ceritakan apabila ada masa kelak)


Salah satu cara untuk memanipulasikan permainan "mereka" adalah dengan mengembalikan semula nilai DINAR dan DIRHAM. Dengan mematikan sistem "mereka",maka kita dapat menghadkan pergerakkan "mereka".Ini selari dengan pandangan Tun Mahathir yang mencadangkan penggunaan dinar emas, khususnya bagi urusan perniagaan antarabangsa.  Malaysia seharusnya menjual hasil minyak dan petroleum serta lainlain barangan eksportnya dengan tukaran nilaian emas.Dalam situasi politik-ekonomi global kini, apa yang seharusnya dilakukan oleh institusi-institusi kewangan Islam dalam meningkatkan dan mempertahankan ekonomi ummah ialah mengkaji emas dan perak (dan lain-lain komoditi berkaitan) sebagai ukuran nilai dalam semua transaksi kewangan.  Emas dan perak dijadikan ukuran nilai matawang dalam prinsip-prinsip Shari’ah bukanlah sesuatu yang sia-sia, pasti terkandung hikmahnya.


Perbandingan yang boleh kita buat, pada Zaman Rasulullah, harga seekor kambing adalah 1 Dinar. Dan pada zaman kini, harga kambing masih lagi bersamaan dengan 1 Dinar (1 Dinar = RM7++). Ini menunjukkan Dinar dan Dirham  dapat mengelakkan penghasilan wang (creation of money) yang akan mewujudkan “bubbles”.

Akhir kata,(penat da nak taip..hehe) Walau bagaimanapun masalahnya yang berlaku, sepatutnya tidak menjadi alasan kepada manusia untuk mengelakkan diri dari mempraktikkan sistem ekonomi Islam (dan juga sistem-sistem lain secara menyeluruh) kerana ianya adalah suatu tuntutan kepada penyelesaian masalah manusia.Mungkin ianya tidak ketara dari sudut harta tetapi menonjol dari segi keberkatan yang lain seperti tidak banyak berlaku keganasan manusia dan ketenangan jiwa, kesihatan manusia, ternakan dan lain-lain. Sesungguhnya Allah SWT mampu segala-galanya dan Dia menyediakan kepada kita segala-galanya. Pokok pangkalnya apa yang diamanahkan kita itulah sepatutnya dilaksanakan. Soal natijah itu hendaklah diserahkan kepadaNya. Apa yang penting ialah merealisasikan perintahNya berdasarkan aqidah dan keyakinan yang kental berserta dengan praktikal doa dan usaha yang gigih



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Commodity Futures Charts