WELCOME TO PILIHAN SILVER SHOPWELCOME TO PILIHAN SILVER SHOP

"Like" Jika Suka..

Isnin, 11 Februari 2013

Motivasi Perniagaan


   Menurut kata-kata seorang tokoh usahawan berjaya yang juga Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia,, Tan Sri Muhammad Ali Hasyim, “Kesatuan dan kebangkitan ISLAM zaman kini mampu dicapai jika kita menguasai Ekonomi”. saya tertarik dengan konsep yang diperkenalkan beliau iaitu “Jihad Bisnes”.

   Benar seperti konsep beliau,perniagaan merupakan Jihad. Jihad Ekonomi. Sebagaimana hadith, 9/10 rezeki itu datangnya melalui perniagaan. Sebelum itu sewajarnya kita bertanya kepada diri kita..Berapakah umur kita di saat ini??sehingga saat ini,apakah sumbangan kita kepada ISLAM dan bangsa khususnya? Apakah cukup hanya dengan peranan kita menyebarkan dakwah semata sedangkan dari Segi Sistem dan Ekonomi,kita masih dibelenggu dan dijajah oleh system kapitalis? Akan tertegakkah Daulah ISLAM jika kita mengekalkan keadaan seperti ini?(melainkan dengan IzinNYA).. Di sini Ekonomi merupakan salah satu peranan dalam menyebarkan dan mendaulahkan ISLAM! Kelemahan orang ISLAM, Melayu khususnya ialah kurangnya minat kepada perniagaan. Melalui kajian, penyebab Melayu tidak suka berniaga antaranya :
      
      1. TIdak mendapat peluang
      2. Takut gagal 

      3. Terlalu malu untuk mencuba 
      4. Berminat tetapi tidak mempunyai modal yang cukup       
      5. Persepsi Perniagaan (yang melibatkan wang) adalah kotor
      6. terlalu materialistik
 

Sekadar hiasan


   Melalui sesi motivasi bersama Amin Idris Training Consultan, salah satu perkara yang penting dalam kehidupan adalah MATLAMAT. “ When the vision is clear, the action gets easier!”– Amin Idris-. Di mana setiap manusia mesti mempunyai ekonomi (kewangan) bagi mencapai matlamat, dan pastikan matlamat terakhir kita adalah 3 perkara.

    1. Ilmu yang bermanfaat

    2. Anak yang soleh

    3. Amal Jariah (Melalui eknomi).





   Jadikanlah PERNIAGAAN itu sebahagian daripada MATLAMAT kita utk bekalan jariah kita di akhirat. Untuk memulakan sesuatu perniagaan, kita tidak perlu memikirkan modal yg besar sebagai permulaan, cukuplah kita bermula secara kecil-kecilan (bagi yang masih muda) untuk mencari pengalaman.Kerna pengalaman dan kejayaan itu akan bermula dari sebuah kegagalan. Itu hukum karma dunia! Seperti mana kata-kata Amin Idris, “ Kita mulakan dengan apa yang ada disekeliling kita manakala kegagalan adalah kejayaan yang tertangguh”. 



   Bagi saya, antara yang menarik di dalam konsep Jihad Bisnes ini adalah berjemaah @ kesatuan. Benar! Teguh dan kukuhnya sesuatu organisasi ialah terletak pada asas atau “base”nya. 

Perkara ini ALLAH firmankan di dalam Surah As Saf ayat-4 ,“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berjihad untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh,”..

   Sesuatu bangunan, kekukuhannya terletak pada asasnya atau “base”.Semakin besar asasnya bererti semakin kukuh struktur bangunan tersebut. Ianya selaras dengan landasan Islam yang tidak mementingkan kepentingan individu di atas kepentingan masyarakat ramai. Dengan demikian, sistem perniagaan persaingan berlandaskan Islam antara lainnya, mempunyai ciri-ciri seperti berikut;

  • Kekuatan kita terletak pada budaya ‘fastabiqul khairat’, atau ‘berlumba-lumba untuk berbuat baik”
  • ‘Barakah’ dari pegangan bahawa harta kekayaan adalah milik mutlak Allah SAW.
  • Kekebalan yang terdapat pada sikap bekerja/berjihad dan bukan untuk peribadi
  • Kekuasaan perjuangan sebagai ‘khalifah’ bertujuan mentamadunkan dunia untuk manusia sejagat

Justeru, kami di Pihak PSS mempelawa mereka yang berminat,kita jadikan perniagaan kita umpama sebuah keluarga. Bersatulah bersama di bawah payung AOC Organization. Kami bukanlah suatu syarikat perniagaan tetapi kami membina rangkaian perniagaan secara berkumpulan dengan cara “win-win”. Konsep yang sama seperti pendekatan konsep Quantum Ilahiyah atau Samawi dalam menguruskan kehidupan menjadi pasukan yang cemerlang dan komuniti yang bersatu.


Ayuh!! Jiwa-jiwa muda!!!Sedarlah..kita adalah permulaan dan tapak untuk generasi selepas kita. Sedarlah tentang perkara ini (kiasan tersurat dan tersirat)..~_~



Ahad, 10 Februari 2013

Apakah anda telah menunaikan zakat Emas dan Perak??

ZAKAT EMAS DAN PERAK


   
- Sejarah awal membuktikan emas dan perak sebagai logam yang sangat berguna berdasarkan penggunaannya sebagai matawang serta sebagai nilai harga barangan. Justeru itu, syara' telah pun menganggap kedua-duanya sebagai kekayaan yang menyuburkan dan telah disyaratkan sebagai wajib zakat sama ada dalam bentuk mangkuk barangan seni, patung dan sebagainya.

Dalil Wajib Mengeluarkan Zakat Emas Dan Perak 

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan Zakat), maka khabarkan kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu."
(Surah At-Taubah : 34-35) 

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari Kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka, setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau neraka."
(Hadis Riwayat Abu hurairah)

Syarat Wajib Zakat Emas Dan Perak


  • Islam
  • Merdeka
  • Sempurna Milik
  • Cukup Haul
  • Cukup Nisab
(Nisab emas ialah 20 misqal atau 85 gram emas. Nisab perak ialah 200 dirham atau 595 gram perak)
.
Tahukah anda!!!..


Jabatan Agama ISLAM telah menyediakan pelbagai kemudahan bagi anda untuk menunaikan zakat?antaranya :

1. Membayar di Kaunter Zakat Pejabat Majlis Agama Islam.  

2. Membayar melalui potongan gaji menerusi bahagian gaji tempat anda bekerja. Kod potongan gaji  Kakitangan Kerajaan Persekutuan 4368 dan Negeri 2367. Manakala kakitangan swasta menerusi majikan masing-masing. 

3. Membayar menerusi pos (cek, kiriman wang dan bankdraf) atas nama Majlis Agama Islam 

4.Membayar melalui kaunter Pejabat Pos Malaysia dengan mengisi borang bayaran zakat yang disediakan di kaunter pejabat pos 

5. Membayar secara online (Internet Banking) melalui bank-bank berikut :
     a. Maybank 2 u - www.maybank2u.com.my
     b. CIMB           - www.cimbclicks.com.my
     c. BIMB           - www.bankislam.biz
     d. RHB Bank     - www.rhbbank.com.my
     e. Ambank        - www.ambank.com.my
     f. Bank Kerjasama Rakyat - www.irakyat.com.my 

6. Membayar di Pusat Mini Pungutan Zakat 

Selasa, 5 Februari 2013

Promosi Produk Kurma dan Kismis

Sekadar promosi barangan pelanggan...

Dapatkan Produk Pemakanan Dari Timur Seperti Pelbagai jenis kurma, dried, kekacang dan Kismis. Kami menawarkan harga yang lebih rendah dari kedai,jaminan kami anda pasti beli..Dijamin Halalan Toyyiban.

Untuk hubungi / lebih pilihan lawati facebook kami

Kurma Online.Com [cliks sini]









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Commodity Futures Charts