WELCOME TO PILIHAN SILVER SHOPWELCOME TO PILIHAN SILVER SHOP

"Like" Jika Suka..

Selasa, 24 Julai 2012

Perjuangan Yang Belum Selesai






Dipetik dari Sajak “Perjuangan Yang Belum Selesai” oleh YAB Dato’ Seri Mahathir Mohamad (Perdana Menteri ke-4)

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Menarik bukan puisi ini??Di dalamnya penuh dengan kata2 yg tersirat di dalam yg tersurat..Dari Empayar Majapahit ke Kesultanan Sambas sehingga ke Kesultanan Melayu. Tercatat di dalamnya pelbagai kejayaan dan kegemilangan. Tetapi syg,akibat penjajah maka hilanglah semua sejarah2 lama mengenainya. Hilanglah senjata canggih,mesin dan juga kubu2 lama yg terkubur bersama-sama pemerintahnya..Syg jika kita jadi anak bangsa,tetapi kita buta mengenainya.

Masihkah kita sedar akan wasiat Hang Jebat..teks ucapan Hang Jebat yang pada awalnya dianggap hilang terbakar di dalam kapal Belanda "Le Fluer" ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Bengkulen. Teks asal masih tersimpan di dalam arkib University of Leiden..

"Akulah Jebat yang akan diingat hendak-hendaknya oleh seru sekelian alam dengan kata-kata Raja Adil Raja Di Sembah Raja Zalim Raja di Sanggah. Marilah kita bersama-sama berarak pada malam ini dan ketika ini dengan obor jamong dan pelita mengepung Istana Raja.”

”INGATLAH WAHAI ORANG ORANG MELAKA DUNIA INI HANYA UNTUK MEREKA YANG BERANI !!!”

Sedarlah Wahai Pemuda,jika ISLAM yang kamu katakan,yang kamu sanjungkan..maka bersatulah. Ketepikan politik yang semakin memecahkan,berkecualilah kita atas beberapa perkara. Kerana itulah senjata yang kita ada! Sediakan TAPAK dan juga LANDASAN untuk penghabisannya..Kami bukan meminta tetapi kami menyedarkan. Terpulanglah kepada kamu yang memikirkan bagaimana.

Dari Abdullah bin al-Haris bin Jaz-uz Zabidi RA katanya, sabda Nabi Muhammad,
“Akan keluar orang-orang dari Timur,
lalu mereka mempersiapkan untuk Imam Mahdi,
yakni tapak pemerintahannya.”
(Hadis Rekod Ibnu Majah) 




Kesimpulannya, Bangsa itu bukanlah Layu, namun Bangsa itu masih Lena dibuai dengan sedikit kemewahan dan sedikit kesenangan.Tapi jangan dibiarkan lenanya berpanjangan kerana masih ada generasi seterusnya yang harus dijaga.

Fakta : Melayu merupakan satu-satunya bangsa didunia yang mampu menumpaskan komunis di negara sendiri, tidak seperti Vietnam yang walaupun mempunyai sokongan Amerika Syarikat, tewas kepada komunis.





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Commodity Futures Charts