WELCOME TO PILIHAN SILVER SHOPWELCOME TO PILIHAN SILVER SHOP

"Like" Jika Suka..

Isnin, 30 Julai 2012

SET SILVER RAYA

Semperna Pertengahan Ramadhan..Kami memperkenalkan kepada anda..SET SILVER RAYA..Kami bukan menghabeskan duit anda,kami cuma mahu menjamin kewangan anda...Harga Mampu Milik..Sesuai utk mereka yang baru @ hendak memulakan Pelaburan Silver..


Konsepnya mudah...

  1. PILIH
  2. NEGO / DEAL HARGA 
  3. LOCK DENGAN KAMI   (Setelah berpuas hati)
  4. BUAT BAYARAN


RM 400







SET A
        B       =  RM 385
        C

SET D
        E       =  RM 270

*Sila tinggalkan pesanan atau hubungi kami utk maklumat lanjut

Selasa, 24 Julai 2012

Masalah mencari tempat membayar Zakat atau Fidyah?


PSS menyediakan sedikit alternatif bagi puan-puan atau tuan-tuan yang mencari tempat untuk membayar zakat atau fidyah.

Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”  (Bukhari)


Bakti Kebajikan Nun (BAKUN) adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bertanggungjawap bagi mendidik dan memelihara anak-anak Yatim di sekitar KEDAH. Beroperasi di no.13 Plaza MPKK,Kelang Lama Kedah, Malaysia. Dinaungi oleh Hj Md Yatim bin Hj Abu Samah. 

Anak yatim ini dikumpulkan dari 6 buah taman perumahan dan 3 kampung di sekitar bandar Kulim. Tawaran adalah dibuka kepada semua dermawan prihatin anak yatim untuk membantu kita dengan cara anda menyalurkan:
1. Zakat
2. Sedekah
3. Fidyah
4. Nazar
5. Barangan terpakai

Bantuan boleh disalurkan kepada BAKUN yang mengendalikan program tersebut melalui akaun bank berikut.


BANK MUAMALAT - 02030002158717.

atau

hubungi 019-4443577 / 04-4952830 



Kiraan bagi bayaran fidyah boleh dikira dengan clik di bawah

Perjuangan Yang Belum Selesai






Dipetik dari Sajak “Perjuangan Yang Belum Selesai” oleh YAB Dato’ Seri Mahathir Mohamad (Perdana Menteri ke-4)

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Menarik bukan puisi ini??Di dalamnya penuh dengan kata2 yg tersirat di dalam yg tersurat..Dari Empayar Majapahit ke Kesultanan Sambas sehingga ke Kesultanan Melayu. Tercatat di dalamnya pelbagai kejayaan dan kegemilangan. Tetapi syg,akibat penjajah maka hilanglah semua sejarah2 lama mengenainya. Hilanglah senjata canggih,mesin dan juga kubu2 lama yg terkubur bersama-sama pemerintahnya..Syg jika kita jadi anak bangsa,tetapi kita buta mengenainya.

Masihkah kita sedar akan wasiat Hang Jebat..teks ucapan Hang Jebat yang pada awalnya dianggap hilang terbakar di dalam kapal Belanda "Le Fluer" ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Bengkulen. Teks asal masih tersimpan di dalam arkib University of Leiden..

"Akulah Jebat yang akan diingat hendak-hendaknya oleh seru sekelian alam dengan kata-kata Raja Adil Raja Di Sembah Raja Zalim Raja di Sanggah. Marilah kita bersama-sama berarak pada malam ini dan ketika ini dengan obor jamong dan pelita mengepung Istana Raja.”

”INGATLAH WAHAI ORANG ORANG MELAKA DUNIA INI HANYA UNTUK MEREKA YANG BERANI !!!”

Sedarlah Wahai Pemuda,jika ISLAM yang kamu katakan,yang kamu sanjungkan..maka bersatulah. Ketepikan politik yang semakin memecahkan,berkecualilah kita atas beberapa perkara. Kerana itulah senjata yang kita ada! Sediakan TAPAK dan juga LANDASAN untuk penghabisannya..Kami bukan meminta tetapi kami menyedarkan. Terpulanglah kepada kamu yang memikirkan bagaimana.

Dari Abdullah bin al-Haris bin Jaz-uz Zabidi RA katanya, sabda Nabi Muhammad,
“Akan keluar orang-orang dari Timur,
lalu mereka mempersiapkan untuk Imam Mahdi,
yakni tapak pemerintahannya.”
(Hadis Rekod Ibnu Majah) 




Kesimpulannya, Bangsa itu bukanlah Layu, namun Bangsa itu masih Lena dibuai dengan sedikit kemewahan dan sedikit kesenangan.Tapi jangan dibiarkan lenanya berpanjangan kerana masih ada generasi seterusnya yang harus dijaga.

Fakta : Melayu merupakan satu-satunya bangsa didunia yang mampu menumpaskan komunis di negara sendiri, tidak seperti Vietnam yang walaupun mempunyai sokongan Amerika Syarikat, tewas kepada komunis.





Kenapa saya memilih Emas Perak


Suatu ketika dahulu,sy memilih simpanan konvensional sebagai pilihan,tetapi apabila sy mengetahui mengenai hukumnya maka sy lebih memilih sistem Kewangan ISLAM sebagai simpanan. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit sy disedarkan tentang kepentingan-kepentingan memilih sistem kewangan ISLAM. Salah satu yang terpenting adalah mengelakkan RIBA.

Tetapi sesuatu yang kita tidak dapat elakkan adalah cara untuk mengekalkan matawang seiring dengan peredaran zaman. Contoh mudah untuk difahami, kita bandingkan RM10, 10 tahun dahulu dengan masa kini. Apakah nilainya sama?tentu tidak bukan?ini kerna,jika suatu ketika dahulu dengan RM10,kita terasa seolah-olah kita terlalu mewah. Tetapi masa kini..nilainya seolah-olah tidak memberi kesan yang besar dalam perbelanjaan kita.Ini disebabkan susutnya nilai mata wang yg bersandarkan kepada Sistem Kapitalisme (bagi mereka yg arif tentang ekonomi). Dengan sistem matawang ini, orang yang kaya akan menjadi kaya dan orang yang miskin akan terus menjadi semakin miskin. Sy selalu terfikir, kenapa keadaan ini berlaku dan terus berlaku?Alhamdulillah..ALLAH memberikan petunjuk,dengan terbaca suatu ayat..

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Surah Al Baqarah : 120)

Dari situ,sy belajar..Apa itu KONSPIRASI..Apa itu PERMAINAN YANG DIPERMAINKAN..Apa itu GAME CARD..Dan bagaimana untuk memanipulasikan semula..Alhamdulillah..(InsyaALLAH sy akan ceritakan apabila ada masa kelak)


Salah satu cara untuk memanipulasikan permainan "mereka" adalah dengan mengembalikan semula nilai DINAR dan DIRHAM. Dengan mematikan sistem "mereka",maka kita dapat menghadkan pergerakkan "mereka".Ini selari dengan pandangan Tun Mahathir yang mencadangkan penggunaan dinar emas, khususnya bagi urusan perniagaan antarabangsa.  Malaysia seharusnya menjual hasil minyak dan petroleum serta lainlain barangan eksportnya dengan tukaran nilaian emas.Dalam situasi politik-ekonomi global kini, apa yang seharusnya dilakukan oleh institusi-institusi kewangan Islam dalam meningkatkan dan mempertahankan ekonomi ummah ialah mengkaji emas dan perak (dan lain-lain komoditi berkaitan) sebagai ukuran nilai dalam semua transaksi kewangan.  Emas dan perak dijadikan ukuran nilai matawang dalam prinsip-prinsip Shari’ah bukanlah sesuatu yang sia-sia, pasti terkandung hikmahnya.


Perbandingan yang boleh kita buat, pada Zaman Rasulullah, harga seekor kambing adalah 1 Dinar. Dan pada zaman kini, harga kambing masih lagi bersamaan dengan 1 Dinar (1 Dinar = RM7++). Ini menunjukkan Dinar dan Dirham  dapat mengelakkan penghasilan wang (creation of money) yang akan mewujudkan “bubbles”.

Akhir kata,(penat da nak taip..hehe) Walau bagaimanapun masalahnya yang berlaku, sepatutnya tidak menjadi alasan kepada manusia untuk mengelakkan diri dari mempraktikkan sistem ekonomi Islam (dan juga sistem-sistem lain secara menyeluruh) kerana ianya adalah suatu tuntutan kepada penyelesaian masalah manusia.Mungkin ianya tidak ketara dari sudut harta tetapi menonjol dari segi keberkatan yang lain seperti tidak banyak berlaku keganasan manusia dan ketenangan jiwa, kesihatan manusia, ternakan dan lain-lain. Sesungguhnya Allah SWT mampu segala-galanya dan Dia menyediakan kepada kita segala-galanya. Pokok pangkalnya apa yang diamanahkan kita itulah sepatutnya dilaksanakan. Soal natijah itu hendaklah diserahkan kepadaNya. Apa yang penting ialah merealisasikan perintahNya berdasarkan aqidah dan keyakinan yang kental berserta dengan praktikal doa dan usaha yang gigih



Ya Ramadhon...Ya Ramadhon...



"Ahlan Wasahlan Ya Ramadhon, Marhaban Ya Syahro Ramadhon". Selamat Menyambut Bulan Ramadhan bagi seluruh Umat ISLAM di seluruh dunia. Bulan yang penuh keberkatan dan bulan yang baik dr 1000 bulan. Semoga Ramadhon tahun ini memberi kita 1000 keberkatan dan maghfiroh buat kita Umat ISLAM..Salam Ramadhon dari ku - PASTI MUHAMAD-




Pengiraan Zakat Perak


Assalamualaikum..

Berjumpa kita sekali lagi..Kali ini PSS ingin berbicara mengenai Kaedah Pengiraan Zakat Silver bagi yang da cukup haul (Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun) dan hisabnya (Hisab merujuk kepada nilai berat). 


Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%


Contoh
Anda menyimpan 1kg Silver 999, katakan harga semasa 1kg Silver 999 adalah RM4500 maka pengiraannya adalah seperti berikut :-


Zakat perak yang wajib dibayar  = 1kg x 2.5% x RM4500   = RM112.50    

Saya berharap agar topik ini membantu anda memahami persoalan zakat Perak. Ini kerana zakat merupakan kewajipan terhadap orang Islam yang cukup syarat. Sebagai pelabur sudah tentu kita inginkan kekayaan dunia dan kekayaan di akhirat . Keberkatan di dunia dan keberkatan di akhirat.


Ok then, selamat membuat pelaburan perak...~_~

Jenis Silver Yang Kami Tawarkan




Kami menawarkan pilihan silver kepada anda yang berminat untuk membeli dengan potongan sebanyak 4 - 5 % dari harga semasa...


10oz Scottsdale Stacker 999 Fine Silver Bar 

 5oz Scottsdale Prey 999 Fine Silver Bar


1oz Scottsdale 999 Fine Silver Bar



 1oz AUSTRIAN PHILHARMONIC 999 Fine Silver Coin 

1oz AMERICAN SILVER EAGLE 999 Fine Silver Coin 

1oz Silvertowne 999 Fine Silver Bar


1oz Silvertowne 999 Fine Silver Bar

1 Dirham Kelantan (KGT)

Kata Alu-Aluan Blog Pilihan Silver



  Baru-baru ini pelaburan perak menjadi sebutan berikutan harga perak yang naik mendadak melampaui kenaikan emas itu sendiri. Jika ramai mengatakan simpan emas boleh untung sehingga 20% setahun, perak pula dengan cemerlang harga meningkat sehingga 100%.


Kenaikan Silver dalam Tempoh Setahun


Kenaikan Silver dalam Tempoh 5 Tahun

  Sebenarnya memang banyak faktor yang mempengaruhi kenaikan harga perak ini. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, teruskan bersama kami melalui blog ini. Saya yakin anda akan berpuas hati dengan penerangan kami.InsyALLAH...

  Nanti InsyaAllah saya ulas lebih panjang lagi tentang pelaburan perak ini. Bagi yang teragak-agak untuk memulakan membeli jongkong perak, mulakanlah membeli 250g perak atau pun paling murah sekali dirham kelantan. Rasailah 'aura' kenaikan perak ini. Ternyata berbeza dengan emas, tetapi kenaikannya sangat berbaloi.

Nota PSS : Jangan ragu-ragu beli silver, tutup mata beli je!! Jika emas anda boleh tutup mata dan beli, begitulah dengan silver!!!..~_~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Commodity Futures Charts