WELCOME TO PILIHAN SILVER SHOPWELCOME TO PILIHAN SILVER SHOP

"Like" Jika Suka..

Ahad, 10 Februari 2013

Apakah anda telah menunaikan zakat Emas dan Perak??

ZAKAT EMAS DAN PERAK


   
- Sejarah awal membuktikan emas dan perak sebagai logam yang sangat berguna berdasarkan penggunaannya sebagai matawang serta sebagai nilai harga barangan. Justeru itu, syara' telah pun menganggap kedua-duanya sebagai kekayaan yang menyuburkan dan telah disyaratkan sebagai wajib zakat sama ada dalam bentuk mangkuk barangan seni, patung dan sebagainya.

Dalil Wajib Mengeluarkan Zakat Emas Dan Perak 

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan Zakat), maka khabarkan kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu."
(Surah At-Taubah : 34-35) 

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari Kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka, setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau neraka."
(Hadis Riwayat Abu hurairah)

Syarat Wajib Zakat Emas Dan Perak


  • Islam
  • Merdeka
  • Sempurna Milik
  • Cukup Haul
  • Cukup Nisab
(Nisab emas ialah 20 misqal atau 85 gram emas. Nisab perak ialah 200 dirham atau 595 gram perak)
.
Tahukah anda!!!..


Jabatan Agama ISLAM telah menyediakan pelbagai kemudahan bagi anda untuk menunaikan zakat?antaranya :

1. Membayar di Kaunter Zakat Pejabat Majlis Agama Islam.  

2. Membayar melalui potongan gaji menerusi bahagian gaji tempat anda bekerja. Kod potongan gaji  Kakitangan Kerajaan Persekutuan 4368 dan Negeri 2367. Manakala kakitangan swasta menerusi majikan masing-masing. 

3. Membayar menerusi pos (cek, kiriman wang dan bankdraf) atas nama Majlis Agama Islam 

4.Membayar melalui kaunter Pejabat Pos Malaysia dengan mengisi borang bayaran zakat yang disediakan di kaunter pejabat pos 

5. Membayar secara online (Internet Banking) melalui bank-bank berikut :
     a. Maybank 2 u - www.maybank2u.com.my
     b. CIMB           - www.cimbclicks.com.my
     c. BIMB           - www.bankislam.biz
     d. RHB Bank     - www.rhbbank.com.my
     e. Ambank        - www.ambank.com.my
     f. Bank Kerjasama Rakyat - www.irakyat.com.my 

6. Membayar di Pusat Mini Pungutan Zakat 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Commodity Futures Charts